CENDOL DURIAN CHOW KIT
Sejak beritanya tersebar di media sosial bulan puasa lalu, warung Cendol Durian Runtuh terus menjadi buruan ramai. Setiap hari, sekitar 2 petang, pelanggan mula menunggu di warung Lorong Raja Bot ini untuk menikmati keenakannya, apatah lagi ketika cuaca panas. Warung ini menjual kira-kira 500 mangkuk cendol setiap hari. Dengan khidmat layan diri, pelanggan beratur untuk semangkuk kepuasan. “Dulu kami berniaga masakan panas, tapi pada awal 2015 cuba buat cendol durian, alhamdulillah laris. “Bulan puasa tahun lalu tiba-tiba tular dan sejak itu memang tidak menang tangan,” kata Hani Mohd, 42,. Pemilik warung Hani Mohd berdiri di depan gerainya dengan longgokan durian. Isi durian yang besar-besar di dalam mangkuk cendol menggoda pelanggan ke sini. Beliau tidak berdepan masalah kekurangan bekalan durian kerana suaminya mempunyai ramai kenalan di kalangan pembekal. Namun Cendol Durian Runtuh terpaksa menaikkan harga dari RM10 kepada RM13 tetapi masih mengek...