NASI LEMAK ANTARABANGSA
Siapa penggemar nasi lemak (food lover) wajib berkunjung ke Nasi Lemak Antarabangsa.. Lokasinya di kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama jejak kaki ke sini dan sangat-sangat laa puas + kekenyangan = Suka hati. Aku ni kalau makan nasi lemak tak sah laa kalau tak makan ayam.. mesti nasi lemak ayam, tak kira lah ayam masak merah ke,ayam goreng rempah ke.. kali ni aku try cuba menu yang lain pulak.. makan nasi lemak bersama rendang daging + sambal sotong. Aku rasa setelah hasil percubaan aku menggabungkan 2 lauk ni memang padu ah!!! Paling sedap sambal sotong nya.. entah laa.. sotong tak liat. dimasak secukup rasa , manis manis pedas.. Aku agak kurang suka sebenarnya sotong kurita (betul ka ), tapi sedap pulak sambal sotong nya.. hahahaha.. Tak rugi aku saja je mentry!
Sampai sampai je, tengok orang dah beratur panjang.. ambooii.. dia punya penangan kann.. sanggup .. Sebab kalau kita baru 1st time nak try food bila nampak orang Q panjang macam tu, dalam otak kata "must try!"
Signboard Nasi Lemak Antarabangsa

Kena Q okeyyy.. Bawak bertenang semua...

Pelbagai menu.. Sesetengah tempat yang menyajikan menu berlauk,tak mention pon harga berapa. Yang ni, dah siap ada harga.. So boleh laa bajet makan apa yang nak dimakan..
Antara lauk pauk untuk nasi lemak berlauk..
1st time laaa makan nasi lemak berlauk ada cucuk cucuk macam ni,.. Serius.. ni 1st time nampak..

Mee hoon goreng bagi yang nak makan ringan ringan. nyummmsss...

Seperiuk Rendang Daging.. Daging memang empuk.. Tak liat pon.. Rasa kuah rendang pon pekat likatt.. memang sedappp laa..
so pada sesiapa yang nak mencube nasi lemak antarabangsa kg baru boleh la berkunjung di restaurant ini untuk merasai sendiri kesedapan aroma nasi lemak antarabangsa
saya dah cube anda bile lagi..
Comments
Post a Comment